Entry: setiap hari adalah sebuah pembelajaran. Di mana kita menemui pengalaman yang sentiasa berubah... May 31, 2008



Apakah aku telah belajar?

 

Saya belajar,

Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,

Saya  hanya dapat  melakukan sesuatu untuk  orang yang saya cintai..

 

Saya  belajar,

Bahawa  memerlukan waktu bertahun-tahun  untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

 

Saya belajar,

Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat  melakukan banyak  hal dan

kami selalu memiliki waktu terbaik.

 

Saya belajar,

Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,

Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali

Serta orang yang begitu perhatian pada saya.

 

Saya belajar,

Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak  yang jauh.

Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

 

Saya belajar,

Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,

Bukan  bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

 

Saya belajar,

Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,

Mereka  pasti pernah melukai perasaan saya....

Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

 

Saya belajar,

Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...

Kalau tidak  mahu dikuasai perasaan  bersalah terus menerus...

 

Saya belajar,

Bahawa lingkungan  dapat mempengaruhi peribadi saya,

Tapi saya  harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

 

Saya belajar,

Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,

Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

 

Saya belajar,

Bahawa tidaklah penting  apa yang saya miliki,

Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

 

Saya belajar,

Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi

Atau sikap  dan emosi itu yang menguasai diri saya..

 

Saya belajar,

Bahawa saya punya hak untuk marah,

Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

 

Saya belajar,

Bahawa  kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan

dengan  orang  yang saya cintai..

 

Saya belajar,

bahawa orang – orang yang  yang saya kasihi,

Sering diambil segera dari kehidupan saya...

 

Love does’nt make the world  go round.

Love is what makes the ride worth  while.

 

Buat diriku  yang masih perlu belajar,

Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

 

~People Asia Magazine~

 

 

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments