 |

Dec 6, 2008
Jodoh.....Hanya Allah yang Tahu.
Tidak.........., Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar... Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi
Dipetik dari ruangan motivasi
Posted at 06:40 am by haticahaya
Permalink
Nov 26, 2008
Kita bukan bertemu dengan orang yg salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yg tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah.
Cuba kita fikirkan ayat-ayat cinta ini....
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s:percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan utk diuji kekuatan iman sbelum bertemu Ilahi. Terima kasih penulis dibawah.
dipetik dari: written by mikagami
Posted at 04:21 pm by haticahaya
Permalink
Nov 7, 2008
Cukuplah Allah sebagai penolongku dan kepada-Nya aku bertawakal
sebuah artikel yang cukup menarik untuk ana kongsikan bersama semua sahabat di luar sana.
Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap-tiap bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar-benar sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul-betul saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan-kawan saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak-tidaknya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat OT. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, belajarlah untuk berkata cukup.....
p/s:dipetik dr sebuah penulis sebuah blog, untuk penulis itu..sukran jazilan.
Posted at 09:04 am by haticahaya
Permalink
Oct 25, 2008
Untuk-Mu Allah yang ku cintai..
"Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka menitiskan air mata, sebelum datangnya saat di mana dua mata ini menitiskan darah dan gigi-gigi menjadi bara..
Buat ALLAH yang amat ku kasihi…
Di kala insan lain sedang lena dalam dakapan mimpi, hambaMu yang hina ini bangkit untuk menghadap_Mu Ya Allah. Meskipun diri ini masih dalam keadaan ma'zurah, aku tetap ingin qiyam Ya Allah. Hati ini terlalu rindu untuk merasai kelazatan dan kenikmatan bermunajat kepada_Mu.. Hati ini sudah terlalu jauh dariMu Ya Allah.
Ya Allah yang amat ku cintai…
Aku tak punyai bahasa yang indah untuk digunakan ketika bermunajat ke hadratMu.. Susunan bahasaku sekadar ucapan biasa yang lahir dari hati yang kotor ini dan terucap di bibir.
Ya Allah..
Meskipun begitu,aku tetap berharap agar Kau mendengar rintihan hati ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu ini sama ada dizahirkan ataupun tidak.
Ya Allah cinta agungku..
Telah aku terumbang-ambing di lautan kesepian tatkala diri ini benar-benar berjauhan dariMu. Telah aku harungi hari-hariku dalam kegelapan tanpa petunjuk dari_Mu. Hari ini, saat ini.. tiba-tiba hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan_Mu.. Diri ini terlalu mendamba kasih sayang dan pimpinan dari_Mu Ya Rahman. Dosa-dosa yang ku lakukan semalam telah menghitamkan hati ini, hingga payah bagi nur hidayah_Mu untuk menyelinap masuk walau seketika. Hati ini sesungguhnya telah ternoda oleh dosa-dosa semalam. Maka dengan itu Ya Allah.. kurniakanlah aku sekeping hati yang baru sekiranya hati yang kau berikan itu sudah rosak. Berilah daku hati yang sentiasa mengingatimu, yang cepat tersentuh tatkala mendengar kalimahmu.
Ya Allah,aku merindui syahid di jalanmu.. aku ingin kembali pada_Mu dengan hati yang bersih.. membawa bersama kuntuman cinta untukku hadiahkan pada_Mu
amiiin… ya rahman.
*dipetik dari penulis sebuah blog.sukran jazilan...
Posted at 08:24 am by haticahaya
Permalink
Jun 14, 2008
Hidup lebih indah andai dapat memberi, walau balasan tak seindah pemberiannya. Cukuplah Allah hadiah terbaik di syurga..
Tanda si dia teman sejiwa
Adakah si dia wanita atau lelaki impian yang dicari selama ini?
SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya?
Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan. Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan.
Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka.
Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal.
Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.
*** Membaca tanda
Penantian seribu penyeksaan. Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka.
Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin.
Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya.
Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.
*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu. Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.
*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.
*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.
*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.
*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu? Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.
*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.
Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.
*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.
Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan. Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.
~ petikan KoSmo~ cahayakuiman: 'Apa pun akhirnya sebuah pertemuan itu, pohonkanlah jalan yang terbaik hanya kepada Allah, DIA Maha Tahu segalanya'
Posted at 07:11 am by haticahaya
Permalink
May 31, 2008
setiap hari adalah sebuah pembelajaran. Di mana kita menemui pengalaman yang sentiasa berubah...
Apakah aku telah belajar?
Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..
Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...
Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.
Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perhatian pada saya.
Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...
Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....
Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...
Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...
Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...
Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..
Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..
Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...
Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..
Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.
Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..
~People Asia Magazine~
Posted at 07:04 am by haticahaya
Permalink
Apr 29, 2008
Ya Allah, berikan daku setitis air cintaMU
Dalam kesibukan mengejar keduniaan dan keredhaan Ilahi, kali ini ana terpanggil untuk turut sama melayarkan pena ini dan menulis di blog ana ini sesuatu yang mungkin memberikan sesuatu erti yang dapat dikongsi bersama. Sebenarnya tiada apa yang ingin dituliskan, namun disebalik ketiadaan itu seperti ada sesuatu yang sepatutnya jari jemari ini sudah lama menuliskan sesuatu yang mungkin ada manfaat disebaliknya untuk semua sahabat-sahabat di luar sana.
Firman Allah SWT ini kurenungi..dan kubaca berulang-ulang kali...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(al-baqarah:286)
Ya Allah, perjalanan kian jauh namun hakikatnya sudah hampir ke destinasi akhir usia, usiaku hari demi hari kian berlalu pergi. Di manakah daku? Sesungguhnya daku yakini bahwa Allah tidak membebankan sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Pertemuan dan perpisahan adalah suatu ilmu untuk kukutip. Dalam perjalanan mencariMu ya Allah, daku hampir tewas dan aku kini merayu syahdu di pinggir doaku, agar ada waktu yang tersisa ini dapat kuatur untuk hampir padaMu. Daku akui kelemahan diri ini ya Allah, daku benar-benar lemah, tolonglah daku ya Allah! Di saat daku berdiri teguh di sisi sahabat dan keluarga, rupa-rupanya didepan-Mu, daku umpama mawar layu kekeringan. Mawar yang kekeringan air cintaMu, berikan daku sedikit air cintaMu. Sesungguhnya daku dahaga di padang pasir duniawi. Ya Allah, kurniakan daku sahabat-sahabat dan pendamping hatiku insan-insan yang mendekatkan ku kepada-Mu.
Perpisahan itu juga sebuah ilmu untukku. Sahabat, perpisahan adalah sebuah memori, walau entah dengan siapa kita pernah memberi dan menerima kenangan itu. Tapi yang pasti.... bagi siapa yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku, akan ku abadikan ia sebagai lakaran sebuah lukisan ujian dari Allah buat diriku. Sedikit pun tak pernah terlintas difikiranku akan melukiskan sebuah kenangan yang tragis, penuh emosi, penuh kekecewaan, pengorbanan yang tak berbalas, cinta yang tidak kesampaian, hidup yang tersia-sia, kesetiaan yang tak dihargai.. di manakah daku ya Allah? Apabila ku kutip semula FirmanMu... di dalam ayat-ayatMu memberikan daku jawapan atas semua itu, di sebalik semua itu air mataku menjadi kekeringan. Walau air mata ini hakikatnya sudah tiada lagi, yang ada hanya air mata di hati yang tak terlihatkan. Doa kudus ku berikan dari jauh untuk semua insan di luar sana. Semoga rahmat Allah memayungi hati kita. Membuka hati-hati agar lebih kenal akan cinta Allah dan dunia yang cuma sekadar alam fana ini
"Wahai diriku, bersabarlah..janganlah berputus asa dalam kehidupan ini. Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu. Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu pengganti yang lebih baik." Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. Kesatlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu. selalulah menyebut Alhamdulillah....Wahai diriku, Allah sayang padamu, dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu. Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dna itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan.
Ya Allah, adakah daku ini terlalu jujur, terlalu baik, terlalu setia, terlalu memberi, terlalu menerima seadanya, terlalu sabar dengan apa pun yang manusia lemparkan padaku, terlalu simpati dan terlalu mudah memaafkan...namun tiadakah sedikit kebahagiaan buatku. Kusedari diri ini penuh dosa, penuh kesalahan dan kekhilafan. setiap waktu ku ingin insafi diri...ku sedar ku tak layak utk syurgaMu, namun kuharapkan mahgfirah dan kasihsayangMu selalu ada dihatiku. Ya Allah, Adakah kerana kebaikan itu daku tak mampu memiliki secebis kebahagiaan dalam hati ini. Ku Cuma inginkan sedikit dan setitis kebahagian itu akan terbit utkku satu hari nanti. Walau setitis cuma, aku amat menghargainya wahai Pencipta hati.
"Wahai Pencipta hati, daku redho akan takdirMu. Di sebalik ini semua daku bersyukur padaMu Ya Rabbi. Syukur ku panjat atas segalanya. Daku kini mengerti... sifat sebagai hambaMu, daku sekadar berusaha, sabar... dan jangan sekali berputus asa, segala natijah dan keputusan hanya Allah yang berhak memutuskan dan mengetahui yang terbaik untuk diri setiap manusia. Jalan terakhir hanya berDOA. DIA Maha Tahu apa yang berlaku dihadapan sana. Cuma.. bagaimana kita ingin menghadapi dugaan hati selepas sesuatu hajat kita tidak kesampaian. Ya Allah! Lemahnya diriku ini rupa-rupanya.
Ya Allah, hakikatnya cinta Mu adalah cinta segala-galanya. Tetapi bisikan syaitan telah mengoda dan mengalihkan cinta ini agar jauh dariMu. Ya Allah, ku tak seteguh siti khadijah, tak sesuci cinta Rabiatul Adawiyah dan sekental iman siti Asiah. Namun ku ingin mati di saat cintaku satu hanya untukMu. Mati dalam perjuangan mendapatkan redhoMu. Terlalu sukarnya mengapai impian itu...
Buat insan yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku atau bersama insan-insan lain, sesungguhnya kenangan suka atau duka itu adalah sebuah ujian dari Allah utk hati kita. Segala emosi yang lahir adalah merupakan dugaan untuk hati. Kekdang saat kita teruji syaitan telah memainkan jarum memarakkan suasana, dan di saat itu kita terlupa. Astaghfirullahal'azim..sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Wahai diriku, janganlah kecewa atau putus asa, orang beriman apabila terlupa ia akan segera kembali kepada Tuhan, itulah fitrah kejadian manusia....jadikanlah esok adalah hari yang terbaik untuk ku bina hati yang baru bersamaMu.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." – (Surah At-Taubah :129)
Catatan pena-cahayakuiman (dimuatkan juga sedikit petikan dari novel terbaru cahayakuiman)
Posted at 11:20 pm by haticahaya
Permalink
Mar 11, 2008
Tiada cinta seagung cintaMu....
Di Atas Sejadah Cinta
"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu."Karya Habiburrahman El-Shirazy
Cinta.....
Di atas sejadah cinta, novel kegemaran yang menuntun hati dgn cinta, agar kembali pada fitrah cinta nan suci. Cinta... kalimah yang bisa mengetarkan hati. Pada insan yang masih tercari-cari cinta. Cinta itu sesuci embun diwaktu pagi, bak sekudus doa taubat kepada penciptaNya dan alam penuh seribu misteri. Cinta tak mengenal siapakah dia,apakah dia, bagaimanakah dia, dan dari manakah dia.Cinta perasan penuh misteri,namun ianya suci dan indah andai diberikan kpd insan yg benar-benar telh ditakdirkan utk kita...'dia' lah insan itu.....
"Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud pdMu. Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yg tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerna tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.."
"Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu."
"Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta."
"Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dlm redho Mu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan , setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga pabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien."
Posted at 04:22 am by haticahaya
Permalink
Feb 21, 2008
Cinta itu urusan hati,manakala hati itu urusan Allah..
Jangan bermain dengan hati
"Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian
sahaja.
Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang
yang aku beri.
Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi
kepada orang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama.
Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.
Posted at 04:38 am by haticahaya
Permalink
Jan 8, 2008
Sajak ini ku tujukan istimewa buat bakal teman hidupku…..
Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,
Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dlm menuju redho ILAHI,
selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...
Tidak Ku impi…..
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,
Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,
Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,
Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…
Amien…
Posted at 09:09 pm by haticahaya
Permalink
|
 |
|
|
|
 |
Klik di sini perkhidmatan untuk 'UKhwaH FiLLah'
Portal Ukhwah dot com
I Luv Islam
My Qalam
Halaqah.net
Harun Yahya
“Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
Ana berlatar belakangkan pendidikan Maahad dan mendapat pendidikan peringkat Diploma dan Ijazah dalam bidang Psikologi di IPTA. Seandainya ingin berkongsi pendapat, pandangan,berkongsi masalah, meluahkan perasaan sedih/kecewa/apa saja yang membelenggu fikiran. Tidak tahu kepada siapa ingin diluahkan? Ingin kongsikannya dengan ana?InsyaAllah, dengan izin Allah, anda tidak keseorangan. Allah bersama-sama kita. Sila email@add ana di email:(Email:cahayahati_delima@yahoo.com)
Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupan- HAMKA.
"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU,
siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
"Kata-kata yang baik itu adalah sedekah"-(Hadith Nabi)
“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font>
(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)
|
 |
 |
|
 |
|
|